Sunday, October 31, 2010

Kelebihan Program Affiliate

Salam sejahtera utk semua pembaca.

Setakat mengikuti blog saya sehingga hari ni, saya pasti ramai yang dah tau dan faham apa itu perniagaan internet. Betul tak?

Kalau masih tak pasti, secara mudahnya, perniagaan internet ni sebenarnya sistem berniaga ONLINE .. kita berniaga di internet. Perniagaan ini memerlukan penjual dan pembeli melakukan semua transaksi penjualan dan pembelian di internet.

Kalau takde talian internet di rumah, anda boleh pegi ke cyber cafe. Kalau tak, anda boleh install Streamyx ke, Wimax ke, atau anda boleh guna Celcom/Maxis/Digi/U-Mobile broadband. Masing2 penyedia perkhidmatan internet ada pakej masing2, dan anda pilih lah yang sesuai. Sekarang ni pulak tengah perang broadband.. so, memang kita perlu pilih pakej mana yang sesuai dengan keperluan kita..kalau nak guna Celcom broadband, rasanya masih ada yang pakej RM68 sebulan.. kalau nak guna Streamyx, sekarang ni dah boleh register FREE…dapat wireless modem lagi…ikut keperluan anda sendiri lah…
Begitu lah lebih kurang cerita/konsep affiliate. So, berbalik kepada persoalan di atas tadi.

Apakah kelebihan program Affiliate?
  • Boleh dilakukan secara part-time. Antara program cari duit yang boleh secara sambilan. Kita hanya perlu habiskan masa 1 atau 2 jam setiap hari untuk melakukan promosi di Internet. Boleh dilakukan secara online ataupun offline.   
  • Tidak perlu mengeluarkan produk sendiri. Kita hanya perlu promosikan produk orang lain dan terima komisyen setiap jualan kita.
  • Pendaftaran yang mudah dan kita boleh bermula dalam masa yang singkat.
  • Percuma. Kita boleh sertai seberapa banyak program affiliate secara percuma sama ada di Malaysia ataupun antarabangsa ( pastikan pilih yang terbaik )
  • Teknik pemasaran yang telah disediakan oleh syarikat atau individu berkenaan seperti banner, iklan text dan sebagainya.
  • Tidak perlu terlibat dalam urusan jual beli dengan pelanggan dan juga tidak perlu sibuk tentang sokongan teknikal kepada ahli.
P/s : Untuk pengetahuan anda saudara Rahman Basri baru sahaja melancarkan Ebook beliau yang bertajuk Teknik Split Affiliate. Bagi usahawan internet, terutama sekali yang menjalankan pemasaran affiliate, sudah semestinya mereka mengenali siapa Rahman Basri ini. Beliau seorang usahawan internet sambilan dan bekerja sebagai guru di dunia nyata.
Untuk mengenali lebih lanjut tentang pencapaian beliau di dalam pemasaran affiliate, anda boleh melayari laman web terbaru beliau, sila klik disini





Salam Usahawan

Friday, October 29, 2010

Pengenalan Kepada Affiliate

Salam usahawan,

Tentu ramai orang sudah mengetahui tentang keupayaan internet untuk menjana pendapatan yang sungguh lumayan dari rumah. Mungkin ramai juga yang sudah memulakannya dan sedang memperolehi pendapatan lumayan hari demi hari. Baguslah bagi mereka yang sudah mempunyai produk atau perkhidmatan yang boleh dipasarkan di internet.
Bagaimana pula mereka yang tiada apa-apa yang boleh dipasarkan di internet? Adakah ini bermakna mereka tidak boleh menjana pendapatan lumayan melalui internet? Jawapannya tentu sekali tidak. Program Affiliate adalah penyelesai masalah!

APAKAH PROGRAM AFFILIATE

Secara ringkasnya begini. Anda membawa seseorang (pelayar Internet) ke suatu website dan mereka ini membeli produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh website tersebut ataupun mereka ini 'sign-up' untuk sesuatu di website tersebut, maka anda dibayar komisyen. Mudah bukan?
Atau dengan lebih jelasnya begini.

Program Affiliate adalah suatu program perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang memasarkan produk/perkhidmatan. Anda akan dibayar komisyen jika berjaya 'menghantar' seseorang pelanggan ke syarikat tersebut sama ada secara online (Internet) ataupun offline.
Program Affiliate terbahagi kepada 3 iaitu :-
**Program Affiliate Pay Per Sale (PPS)- Dibayar berdasarkan jualan

**Program Affiliate Pay Per Click (PPC)-Dibayar berdasarkan klik

**Program Affiliate Pay Per Lead (PPL)- Dibayar berdasarkan per lead    

P/s : Anda dah bersedia nak jadi Affiliater Yang Berjaya ?Tiru macam PAKAR AFFILITE DISINI