Wednesday, November 24, 2010

Bagaimana Pula Ingin Memilih Produk Terbaik Untuk Menjana Pendapatan Melalui Affiliate Secara Sampingan?


Yang ini selalu menjadi masalah kepada seorang affiliate. Ia berbeza menjadi agen kepada perniagaan online kerana anda selalunya kena ikut tuan milik perniagaan, agen di internet adalah bos kepada pemilik perniagaan.

Jika anda mendapati laman produk affiliate yang anda ingin promosi tidak berupaya untuk memberi conversion yang bagus, anda boleh menegur tuan punya laman web. Ia adalah hak anda kerana andalah yang akan memberi kekayaan kepada mereka.

Produk terbaik akan memberi keuntungan kepada anda. Bagaimana hendak mengenail pasti potensi sesuatu produk?

Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk menentukan sama ada sesuatu produk itu mempunyai potensi atau tidak. 



Pertama : Tanya sendiri kepada pemilik.

Tanya sendiri pemilik produk bagaimana prestasi penjualan produk beliau. Dalam ayat pertanyaan, selitkan perkataan yang anda inginkan jawapan yang jujur dan bersedia melaburkan wang yang banyak untuk melakukan promosi.

Kedua : Periksa Sales Letter itu sendiri dan kredibiliti produk tersebut.

Periksa kandungan sales letter tersebut dan ramal sendiri sejauh mana keberkesananya. Kemudian periksa kredibiliti produk tersebut melalui testimonial dan bukti yang ada di website. Katakan anda ingin mempromosi produk ebook tips penjimatan, periksa sama ada pemberi testimonial adalah mereka yang pakar dalam bidang tersebut.

Ketiga : kebanjiran otai-otai IM.
  
Jika produk tersebut adalah dari seorang otai IM, sudah tentu ia adalah produk yang akan mendapat sambutan. Apa yang anda perlu lakukan adalah bersaing dengan otai-otai IM yang ada. Jangan takut untuk bersaing kerana mereka yang paling pantas dan bijak akan menang. Jika gagal bersaing pun, anda tetap menerima tempias dari kehangatan produk tersebut.
  
Keempat : Permintaan yang melampau.

 Di Malaysia anda boleh nilai sama ada produk tersebut mempunyai permintaan yang banyak atau tidak melalui surat khabar atau berita di TV. Katakan ada keluar laporan mengenai anak luar nikah di berita, sudah tentu produk ebook‘ Cara terbaik untuk berhenti ketagih seks‘ akan meletup di pasaran kerana ia memang permintaan umum.

P.S : Saya harap dengan perkongsian ini anda dapat memilih program afffiliate terbaik untuk dipromosikan
P.P.S:Jika anda ingin belajar lebih lanjut mengenai pemasaran affiliate, sila klik disini

Saturday, November 6, 2010

Teknik Cloak Link Affiliate

Cloak adalah ibarat anda memendekkan/menyorokkan link affiliate anda
kerana link asal seperti link affiliate anda yang asal kurang meyakinkan prospek
untuk klik lantas kebanyakan prospek hanya menyalin semula link sebenar.

Jadi, saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan servis
percuma untuk menyorokkan atau memendekkan (cloak) link affiliate anda.

Di internet, terdapat beberapa laman web yang menawarkan servis seperti ini
antaranya adalah http://tinyurl.com, http://budurl.com/, http://bit.ly/, dan macam-macam
lagi.

Disini saya kongsikan sedikit tips supaya anda dapat menghasilkan jualan jangka masa
singkat.

Apa yang perlu anda lakukan ialah menyorokkan
pautan affiliate dengan menggunakan laman web di bawah:

http://www.bit.ly

Kemudian anda akan terima satu link yang pendek. Copy link itu di notepad
buat sementara dan anda akan gunakan link tersebut dalam setiap aktiviti promosi
yang anda lakukan.

Selamat Mencuba!